Thursday 14 June 2012

OrAnG KaTa..???


Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI
Bila jadi baik, ORANG MELUAT
Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM
Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH.. APA LAH NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?"
Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA
Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN
Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGUS
Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR
Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR'
Bila kita pakai 'dedah sana-sini' ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free
Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!"
Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?"
Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"
Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APESAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"

Mesti uols pernah alami salah satu situasi kat atas tu kan. Apa yg CCHati cuba sampaikan sebenarnya kita xboley nak harapkan semua org sukakan kita dan kita xboley puaskan ati semua org. Antara seribu mgkin ada satu yg xmenyukai kita..tak berpuas hati dengan diri kita walaupun kita telah berikan sisi terbaik dari diri kite. Pada mereka apa yang kita buat mgkin salah..mgkin tak betul di mata mereka. Dan sekiranya kita buat perkara yang salah sudah tentu2nya salah pada merekakan?? Tapi jika buat baik pun masih ada yang mengata…CCHati xtau nk ckp ape lg da pd org yang mcm tu. Yg CCHati boley buat..cuma berdoa agar insan2 yg sebegitu di berikan petunjuk dan hidayah daripada ALLAH SWT..supaya mereka berubah kearah kebaikan. Lg pun kita takkan boleh tutup mulut semua orang, jadi xperlu pening2kan kepala dengan apa yang org fikir pasal diri kite sebaliknya kita pentingkan PANDANGAN ALLAH SWT TERHADAP KITA..itulah yg sebaik-baiknya. Selagi kita tau batas2 kita sebagai sorg muslim..tiada ape yg perlu kita risaukan.

p/s : Whatever happens in your life, whatever your pain, there will always be sunshine after the rain. Trust GOD. So..behave & be a good person..peace ^_~

DoA UtK KeSeJaHtErAaN MaK & AbAh



Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka,
Perindahlah ucapanku di hadapan mereka,
Lunakkanlah watakku terhadap mereka,
Lembutkan hatiku untuk mereka.
 
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
Atas didikan mereka padaku,
Pahala atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
Peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan,
Atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku,
Atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
Jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka,
Bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan Perkenan-Mu ya Allah,
Hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila Maghfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku,
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka,
Sehingga kami semua berkumpul bersama dengan Santunan-Mu,
Di tempat kediaman yang dinaungi Kemuliaan-Mu,
Ampunan-Mu serta Rahmat-Mu.


Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
Serta Anugerah yang tidak berakhir,
Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua Pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin...

~>> Jom doa same2 utk mak ayah kita jom...smoga mak abah kite sentiasa berada dalam lindungan ALLAH..amin.


AnDai LeLaKi TaHu...



Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.

23 cIRI oRANG yANG mENCINTAI kAMU



1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tau tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tau kegiatan kamu.

5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ’selamat pagi’, ’have fun’, ’selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dengan cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”.

6. Jika kamu meraikan sesuatu majlis dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat-saat itu ialah saat yang berharga untuknya dan saat itu, matanya pasti berkaca kerana saat bersamamu tidak selalu terulang.

8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingat setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kamu tuturkan padanya, dan akhirnya kamu musnahkan? pasti kamu lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, karena dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun susah menggemari kesukaan kamu, tapi akhirnya dia bisa.

10. Kalau kali terakhir kalian bertemu, kamu mungkin sedang sakit, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia kuatir tentang kamu, peduli tentang kamu.

11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggetarkan dunianya.

14.Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15.Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan senantiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan lingkungan yang mungkin membawa pengaruh buruk terhadap kamu dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu. Pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’

16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang membuatkan kamu “RIMAS”, seperti menelefon kamu 100 kali sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari memenuhi permintaan kamu walau sesukar manapun permintaan itu.

20. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda yang berharga buatnya.

21. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri darinya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari yang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban kerananya. Saat kamu minta dia pergi, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Petua Rawatan Islam Untuk Hilangkan Sakit Kepala


Assalamualaikum…


Selamat tghari uols...
Okey arini nie CCHati nk share ngn uols ilmu yg CCHati baru dpt. CCHati baru jerr dpt pg td..nk tau pe dia..?? Jeng..jeng..jeng..cam suspen la pulak kan..he3. Tp nk suspen tang mane nyer..dah terang-terang CCHati tulis tajuk nyerkan. So, let's check it out Petua Rawatan Islam Untuk Hilangkan Sakit Kepala tu..




Caranya macam ni : ~

.. letakkan kedua-dua tapak tangan di kepala, terutamanya pada bahagian yang sakit sambil baca surah-surah yang tertera kat bawah nie..

1. Baca Surah Al-Fatihah (1kali) 

2. Baca Ayatul Kursi (3 kali) 

3. Baca Surah Al-Ikhlas (3 kali) 

4. Baca Surah Al-Falaq (1kali) 

5. Baca Surah An-Nas (1kali) 

6. Baca Surah Yaasin ayat ke-58 (3 kali) 

7. Baca Selawat atas Nabi SAW (3 kali)

p/s : Smoga dengan izin_NYA kita di kurniakan kesembuhan..Selamat Mencuba..







Wednesday 13 June 2012

♥ JiKa AkU JaTuH CiNTa ♥




Bismillahirrahmaanirrahim……

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatan untuk menyintaiMu..

Ya Muhaimin,
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsunya,

Ya Rabbana,
Jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling daripada hatiMu...

Ya Rabbul Izzati,
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu...

Ya Allah,
Jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..

Ya Allah,
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam
Perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu...

Ya Allah,
Jika kau halalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampui batas,
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu,
Amin...


RinDu AyAH


Assalamualaikum...

Haiiii..uols ^_~
Harini kerajinan yang melampau melanda CCHati tuk update blog nie..kna sampuk "Hantu Rajin" kot..hihihi. Uiikksss..tersebut antoo pulakk..syiohh3 antoo pi main jauh3..CCHati takottt!! Kang xckup tanah pulak CCHati nk lariiiiikkk..uhuhuhu xmo..xmo..xmo..!!!
Hadoiii..apela yang CCHati mengarut ptg2 cenggini. Okay..balik ke tujuan utama CCHati ptg nie yerr. Sebenarnya CChati nk share story ngan uols kisah sorg ank yg terlalu rindukan belaian dr ayah dia. Tersentuh hati CCHati bace..smpi mengalir air mata.
Mungkin ade yg pernah bace kisah nie mgkin ade yg blom..So, let's check it out citenyerr....


AYAH...SEKARANG AMIN DAH CUKUP 20 RINGGIT...BOLEH TAK AYAH PULANG AWAL ESOK ?

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah.....

Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?

Ayah: Hmmm....nak tanya apa?

Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking.

Anak: Amin saja nak tahu… ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya.

Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.

Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya.

Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!" Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit.

Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih banyaklah ayah!" Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??" Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya.

Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan....."Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..." "Tak cukup duit nak beli apa??" Jerkah ayahnya lagi. "Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.." Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...

~~>  Moral of the story  <~~
Ibu bapa walau sesibuk manapun kita dengan pekerjaan kita dalam mengejar wang ringgit dan kesenangan...janganlah sampai mengabaikan anak kita. Carilah masa untuk mereka walau sesibuk mana pun kita dan luangkanlah kualiti masa bersama. Sesungguhnya mereka adalah amanah dan anugerah terindah dr ALLAH SWT…wallahu’alam..

p/s : story nie CCHati petik dr rakan maya CCHati utk dikongsikan bersama..supaya dapat dijadikan iktibar buat semua..insyaALLAH..