1. Orang yang
mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu.
Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
2. Walaupun kamu
sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang
penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
3. Orang yang
mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya, di hati dan matanya kamu selalu
yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
4. Orang yang
mencintai kamu selalu ingin tau tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari
ini, dia ingin tau kegiatan kamu.
5. Orang yang
mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ’selamat pagi’, ’have fun’,
’selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain, walaupun kamu tidak membalas
SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan
dengan cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”.
6. Jika kamu meraikan
sesuatu majlis dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan,
setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim
SMS.
7. Orang yang
mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama
kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana
saat-saat itu ialah saat yang berharga untuknya dan saat itu, matanya pasti
berkaca kerana saat bersamamu tidak selalu terulang.
8. Orang yang
mencintai kamu selalu mengingat setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan
mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia
menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang
kamu tuturkan padanya, dan akhirnya kamu musnahkan? pasti kamu lupa, tetapi bukan
orang yang mencintai kamu.
9. Orang yang
mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin
meminjam CD milik kamu, karena dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan
kamu kesukaannya juga, walaupun susah menggemari kesukaan kamu, tapi akhirnya
dia bisa.
10. Kalau kali
terakhir kalian bertemu, kamu mungkin sedang sakit, dia akan sentiasa mengirim
SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia kuatir tentang
kamu, peduli tentang kamu.
11. Jika kamu
mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu
berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk
memberi semangat kepada kamu.
12. Orang yang
mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu
ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
13. Orang yang
mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan
kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat
gugup kerana kamu telah menggetarkan dunianya.
14.Orang yang
mencintai kamu selalu ingin berada dekat kamu dan ingin menghabiskan
hari-harinya hanya dengan kamu.
15.Jika suatu saat
kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan senantiasa memberikan nasihat agar
kamu waspada dengan lingkungan yang mungkin membawa pengaruh buruk terhadap
kamu dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu. Pernah dengar
‘jauh dimata, dekat dihati?’
16. Orang yang
mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang
kekasih.
17. Orang yang
mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang membuatkan kamu “RIMAS”, seperti
menelefon kamu 100 kali sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan
mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
18. Orang yang
mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat
kamu pening. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu
terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
19. Jika kamu
memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar
walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira
kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari memenuhi permintaan
kamu walau sesukar manapun permintaan itu.
20. Kalau kamu
melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebagian besar INBOX-nya.
Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan
atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat
khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda yang berharga buatnya.
21. Dan jika kamu cuba
menjauhkan diri darinya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya
dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
22. Jika suatu saat
kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana
sebenarnya dia tak pernah mencari yang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
23. Orang yang
begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan,
walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban
kerananya. Saat kamu minta dia pergi, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana
dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
No comments:
Post a Comment