Wednesday 13 June 2012

♥ ♥ IsTiMeWaNyA WaNiTa ♥ ♥


Assalamualaikum….

Gud MoWniNg uOLs… ^_~

Pagi2 nie CCHati ada terbaca satu artikel nie..tajuknyer “Istimewanya Wanita”. Bila CCHati baca jerr CCHati da suka..suka sgt2..he3. Trase betapa bertuah nyer CCHati di lahirkan sebagai wanita..Alhamdulillah syukur Ya Allah. 
Jadi..rase mcm xbestt pulak kalo tak di kongsikan bersamakan?? Msti uols rase..”Eiii xaci btol CCHati nie..baca sorg2 jeww..issshh xpatot3. Kitaorg pn nk tau jugaaaaakkkkk.” Hehehehe..ceeewaahhh mcm la CCHati boley baca hati uols. Xde makna nyerr kan3..kekeke. Papepun CCHati xnakla uols jadik cenggitu..x tenang idup CCHati nnt..ngeee. So here it is..CCHati share the info ngn uols. Lagipun sharing is caring.. ^_~


  ISTIMEWANYA WANITA  


1. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti itulah intan permata bandingannya dengan seorang wanita.

2. Wanita perlu taat kepada suami, tetapi tahukah lelaki wajib taat kepada Ibunya 3 kali lebih utama daripada kepada Bapanya.

3. Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki, tetapi tahukah bahwa harta itu akan menjadi miliknya dan tidak perlu diserahkan kepada suami? Sementara suami apabila menerima warisan ia wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya ?

4. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi tahukah bahawa setiap saat dia didoakan oleh segala mahluk, malaikat dan seluruh mahluk ALLAH dimuka bumi ini, dan tahukah jika ia meninggal kerana melahirkan adalah syahid dan syurga menantinya. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita, iaitu : Isterinya, Ibunya, Anak Perempuannya dan Saudara Perempuannya. Ertinya, bagi seorang wanita tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki, iaitu : suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

5. Seorang Wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui pintu mana saja yang disukainya cukup dengan 4 Syarat saja, iaitu : Solat 5 waktu, Puasa di bulan Ramadhan, taat kepada Suaminya dan menjaga Kehormatannya.

6. Seorang lelaki wajib berjihad di jalan ALLAH, sementara bagi wanita jika taat kepada suami serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH SWT, maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad di jalan ALLAH tanpa perlu mengangkat senjata.


MasyaALLAH… ! demikian sayangnya ALLAH SWT kepada wanita…..
Yakinlah bahwa sebagai Zat yang Maha Pencipta sudah pasti ALLAH Maha Tahu akan segala yang diciptakanNYA sehingga peraturanNYA adalah yang terbaik bagi manusia..


No comments:

Post a Comment